Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sumbang 151 alat bantuan pernafasan kepada Jabatan Kesihatan Negeri

Membabitkan peruntukan RM500,000 bagi mengukuhkan sistem kesihatan di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 bagi membeli Oxygen Concentration Machine (Alat Bantuan Pernafasan Oksigen) untuk disumbangkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 151 unit alatan tersebut akan dibekalkan untuk kegunaan JKNNS.

“Mesin ini berfungsi untuk memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit yang mengalami paras oksigen yang rendah.

“Alatan ini juga mudah alih bagi membolehkan alatan tersebut dipindahkan antara satu lokasi ke satu lokasi lain mengikut keperluan rawatan.

“Insya Allah, semoga sumbangan ini dapat membantu mengukuhkan sistem kesihatan khususnya di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button