Berita
Kerajaan Negeri sumbang RM1,000 kepada golongan tahfiz
SEREMBAN: Sumbangan RM1,000 yang diberikan kepada golongan tahfiz merupakan bukti bahawa Kerajaan Negeri mengiktiraf golongan tersebut.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, langkah tersebut sebagai satu usaha Kerajaan Negeri menegakkan syiar agama Islam di negeri ini.
“Sumbangan tersebut diberikan kepada golongan tahfiz yang menyertai program ISBAT Galakan Hafazan Negeri Sembilan.
“Peserta harus kekal menghafaz Al-Quran dan mereka akan ditemuduga setiap enam bulan sekali.
“Sekiranya hafazan mereka kekal, setiap peserta akan menerima elaun bulanan RM1,000 sebulan.
“Semoga usaha ini dapat menambah golongan hafiz di Negeri Sembilan dan seterusnya menegakkan syiar Islam, Insya-Allah,” kata Aminuddin.