Berita

50 individu kurang kemampuan terima sumbangan bakul raya daripada Nicole

BUKIT KEPAYANG: Seramai 50 orang individu kurang berkemampuan di sekitar DUN Bukit Kepayang telah menerima sumbangan bakul raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon.

Nicole berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban penerima dalam meraikan sambutan Hari Raya.

“Dalam bakul tersebut terdapat barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, kacang, kuih raya dan RM20 kad Petronas bagi pembelian di kedai Petronas.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kedai Muhibah Raya akan dibuka sehingga penghujung Mei ini kerana kedai tersebut akan menjadi bilik gerakan DUN Bukit Kepayang bagi Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Oleh itu, penduduk DUN Bukit Kepayang dialu-alukan datang ke kedai tersebut bagi mengambil baju raya atau peralatan lain secara percuma,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button