Berita

Arul prihatin keselamatan pengguna jalan raya Bandar Baru Nilai

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah turun padang bagi melihat keadaan jalan raya yang rosak di Persiaran Perdana, Bandar Baru Nilai.

Arul Kumar berkata, jalan tersebut rosak akibat lori muatan berat keluar masuk kerana terdapat sebuah projek pembangunan di kawasan tersebut.

“Saya akan berjumpa dengan pihak berwajib bagi memantau lori-lori yang lebih muatan supaya jalan ini tidak menjadi semakin teruk.

“Kita tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Tindakan sewajarnya akan diambil dalam masa terdekat,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button