Berita

Kerajaan Negeri tidak akan kompromi jika berlaku pencemaran lagi

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan berkompromi sekiranya kejadian seperti bau diesel yang berlaku di Loji Rawatan Air Linggi berlaku lagi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya perkara sebegini berlaku semula.

“Hal ini kerana kejadian ini membahayakan dan menyusahkan rakyat khususnya di Port Dickson.

“Dalam pada itu, saya telah meminta bantuan daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) serta Bomba untuk menyiasat perkara ini.

“Pasukan bomba juga telah memberikan bantuan alat perangkap minyak.

“Pada pagi tadi telah dibuka semula saliran air tetapi tidak sepenuhnya.

“Ini sememangnya menjejaskan aktiviti seharian penduduk khususnya di Lukut dan Chuah kerana berada di pedalaman.

“Saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini untuk tampil ke balai polis, pejabat daerah atau ke pejabat saya sendiri (Pejabat Menteri Besar) untuk memberikan maklumat,” kata Aminuddin

Show More

Related Articles

Back to top button