BeritaProgram

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan capai lebih 95 peratus tawaran manifesto

09 Mei 2022 merupakan ulangtahun keempat kemenangan Pakatan Harapan menawan Negeri Sembilan setelah diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebanyak 71 perkara telah ditawarkan oleh Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam manifesto PRU-14.

Walaupun mandat lima tahun masih berbaki setahun lagi, hari ini lebih 95 peratus manifesto telah dicapai oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan 10 Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Jika hendak disenaraikan satu persatu, ianya terlalu banyak. Apatah lagi itu belum dikira pencapaian atau insentif baharu yang yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang sebelum ini tidak terkandung dalam manifestonya.

Negeri Kita menyenaraikan beberapa pencapaian utama (prominent) Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam tempoh empat tahun:

1. Pengurusan kewangan berhemah tanpa ketirisan dan pembaziran – Rizab Kerajaan Negeri RM734 juta pada tahun berakhir 31 Disember 2021.

2. Sistem tender terbuka.

3. Meningkatkan pelaburan asing (FDI) – RM23.51 bilion dengan lebih 17,227 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.

4. Menaikkan elaun daripada RM900 sebulan kepada RM950 sebulan untuk 1,500 Guru KAFA.

5. Elaun Bilal daripada RM200 dinaikkan kepada RM500.

6. Elaun Siak daripada RM200 dinaikkan kepada RM450.

7. Bantuan Sara Hidup Mahasiswa RM100 setiap bulan (golongan B40).

7. Peruntukan RM3 juta setiap tahun kepada Pusat Tahfiz Swasta, SJKC dan SJKT.

8. Bantuan one-off RM200 kepada 4,500 ibu tunggal.

9. Menaikkan Bantuan Am Bulanan OKU daripada RM140 kepada RM200 sebulan untuk 2,491 penerima manfaat.

9. Program Power House Wanita Gemilang (PH GEM) – 26,170 peserta telah mendapat manfaat.

10. Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) – Dana RM15 juta – 5,147 usahawan kecil mendapat manfaat.

11. Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan PLUS (TUNS PLUS) – Dana RM6 juta – 413 usahawan kecil mendapat manfaat.

12. Menukar status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal.

13. Menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak zaman kerajaan negeri yang terdahulu – Taman Perpaduan Heights, Kuala Pilah.

14. Tiada kenaikan cukai tanah dan cukai taksiran selama lima tahun.

15. Perkhidmatan bas percuma.

Show More

Related Articles

Back to top button