BeritaMenarik

Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan tawar pinjaman tanpa faedah kepada pelajar IPT

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan menawarkan pemberian pinjaman tanpa faedah secara bersasar kepada pelajar Insititut Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat Master dan PHD.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, walau bagaimanapun, pinjaman tersebut hanya diberikan kepada mereka yang menyambung pengajian di Universiti Awam.

“Selain itu, Skim Dersiswa Sara Hidup sebanyak RM150 kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi turut diberikan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Dalam pada itu, terdapat tawaran bantuan khas tahunan kepada Sekolah Agamar Rakyat, Pusat Tahfiz, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cinda dan Tamil serta sekolah swasta terpilih,” ujar Aminuddin.

Tawaran ini merupakan Teras kedua dalam Aspirasi Perpaduan yang menekankan Pendidikan dan Modal Insan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button