BeritaProgram

Kerajaan Persekutuan hutang RM2.2 bilion kepada Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Pesekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan mempunyai tunggakan bayaran premium tanah berjumlah RM2.208 bilion kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, secara teknikalnya, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hutang dengan Kerajaan Negeri.

“Walau bagaimanapun, tunggakan bayaran tersebut masih belum dijelaskan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, pemberimilikan tanah lapang sasar kepada Kementerian Pertahanan di Gemas merupakan tunggakan premium terbesar yang berjumlah RM2.162 bilion.

“Beberapa siri perbincangan melibatkan pelbagai peringkat telah diadakan dengan YB Menteri Pertahanan, YB Menteri Kewangan dan pegawai-pegawai kedua belah pihak sejak tahun 2018.

“Status terkini dimaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan dalam penyediaan Kertas Jemaah Menteri untuk kelulusan Kabinet,” kata Aminuddin di Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada Khamis.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren (Pakatan Harapan).

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button