Berita

Kerja undi selenggara jalan bukti ketelusan Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Kerja undi bagi projek selenggara jalan di Negeri Sembilan merupakan bukti ketelusan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM34 juta diperuntukkan bagi projek selenggara ini.

“Sebanyak 2278 kontraktor G1 di negeri ini telah berjaya memenuhi syarat serta layak menyertai kerja-kerja undi berkenaan.

“Manakala, hanya 340 sahaja bilangan kerja yang akan diundi dengan setiap satu bernilai RM100,000.

“Kaedah ini diteruskan lagi kerana mendapat maklum balas yang baik.

“Di samping dapat meransang ekonomi kontraktor kelas G1 di negeri ini.

“Dalam masa sama, ia juga turut memberi manfaat kepada pembangunan dan menambahbaik infrastruktur untuk kegunaan rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Program Cabutan Kerja Undi Fasa 1 Tahun 2023, Penyelenggaraan Jalan Kerajaan
Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button