Berita
Kerosakan alur longkang di Taman Ideal akan dibaiki
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah melawat kawasan aduan kerosakan alur longkang di Taman Ideal.
“Alur longkang yang merekah telah menyebabkan aliran air meresap masuk ke dalam tanah dan mengalir turun ke retaining wall rumah pengadu.
“Justeru itu, aduan telah dipanjangkan kepada Unit Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan selanjutnya,” kata Gunasekaren.
Turut hadir Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.