Berita

Keselamatan penduduk keutamaan Gunasekaren

SEREMBAN: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat permasalahan rimbunan pokok di Taman South East.

Gunasekaren berkata, terdapat aduan mengenai rimbunan pokok yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

“Ada penghuni yang meluahkan rasa resah terhadap rimbunan pokok tersebut yang berkemungkinan menghempap rumah mereka.

“Saya akan membantu untuk mencantas rimbunan pokok ini demi keselesaan penduduk dan keselamatan mereka,” kata Gunasekaren.

Dalam pada itu Gunasekaren turut memberikan sumbangan kewangan kepada Puan Puvaneswary di Taman Rahang.

“Sumbangan tersebut bagi membantu beliau meringankan beban beliau untuk menguruskan ibunya yang baru sahaja mati.

“Selain itu, sumbangan tersebut bagi membantu Puan Puvaneswary memulakan perniagaan seperti yang diinginkan pada perjumpaan sebelum ini,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button