Berita

Keselamatan penduduk Taman Semarak 1 dapat perhatian Arul

Kerajaan Negeri peruntuk RM1 juta pasang lampu isyarat

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah melaksanakan janji untuk memasang lampu isyarat di persimpangan Taman Semarak 1, Nilai.

Arul Kumar berkata, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi memasang lampu isyarat dan naik taraf simpang tersebut.

“Sebelum ini kemalangan maut pernah berlaku dan beberapa siri kemalangan lain kerap berlaku di persimpangan tersebut.

“Ini juga merupakan janji saya sebelum ini yang telah dilaksanakan.

“Dengan pemasangan lampu isyarat tersebut, semua pengguna dapat memasuki persimpangan dengan lebih selamat,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button