BeritaProgram

Kewangan Negeri Sembilan kukuh, rakyat bahagia

Agenda rakyat terus diberi keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan setiap tahun menyaksikan pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan meliputi bidang tumpuan ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, insitusi adat dan pentadbiran.

Senarai pencapaian Negeri Sembilan membuktikan ketelusan dan kesungguhan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin Pakatan Harapan.

Rizab Kerajaan Negeri Sembilan RM861.7 juta

Hasil pentadbiran yang cekap dan penuh integriti, rizab Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Sembilan masih berada dalam keadaan yang kukuh.

Sehingga 15 Jun 2022, jumlah rizab Kerajaan Negeri berjumlah RM861.7 juta.

Segala hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri Sembilan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk inisiatif termasuk di saat rakyat berdepan suasana getir pandemik Covid-19 dan bencana banjir yang melanda Negeri Sembilan pada Disember 2021.

Negeri Sembilan Bahagia

Negeri Sembilan telah diumumkan sebagai antara tiga ‘Negeri Bahagia’ di Malaysia apabila kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini mendapat markah melebihi 80 peratus, hasil Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 oleh PLANMalaysia.

Kajian ini merangkumi soal selidik mengenai tahap kehidupan dan kesihatan, keselamatan kawasan kediaman dan kemudahan awam serta beberapa kriteria lain.

Sesungguhnya Negeri Sembilan mempunyai kelebihan dan keunikan melalui peranan dan fungsi setiap bandar, seperti Seremban sebagai pusat pentadbiran negeri, Port Dickson sebagai bandar pelancongan, Jelebu sebagai kawasan pembangunan biodiversiti dan Kuala Pilah sebagai pusat warisan dan kebudayaan. Manakala Jempol, Rembau dan Tampin menumpukan kepada pembangunan agropolis.

Sijil Ketua Audit Negara bukti Kerajaan Negeri Sembilan bersih dan saksama

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mencipta sejarah apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang sama dengan sesi Exit Conference.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini merupakan bukti keyakinan dan pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara terhadap tadbir urus kewangan Negeri Sembilan untuk tahun 2021.

Exit Conference adalah sesi mempertahankan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan di mana Pegawai Kewangan Negeri serta pegawai-pegawai terlibat menjawab soalan daripada Ketua Audit Negara.

Memetik Sijil Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan sehingga 31 Disember 2021 didapati ‘Memberi gambaran benar dan saksama’ terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan.

Kebiasaannya sesebuah kerajaan perlu menunggu selama beberapa hari atau minggu bagi mendapatkan keputusan Exit Conference.

Jadi penerimaan sijil pada yang sama dengan Exit Conference adalah luar biasa dan amat membanggakan. Ini adalah kejayaan bersama semua pegawai Kerajaan Negeri yang berpegang teguh kepada sifat amanah dan integriti.

MARRIS: Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan terus cemerlang

Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan begitu membanggakan apabila perbelanjaan MARRIS Negeri Sembilan tahun 2020 adalah yang terbaik dalam negara.

Menduduki tempat pertama dengan prestasi melebihi 100 peratus kerana menggunakan rezab lama yang masih berbaki, demi memastikan seluruh jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan sentiasa berada dalam keadaan baik untuk kesejahteraan rakyat negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button