Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Kolokium Imam-Imam beri pendedahan pembacaan dan pengajian Al-Quran

SEREMBAN: Kolokium Imam-Imam Peringkat Kebangsaan beri pendedahan berkaitan pembacaan dan pengajian ilmu Al-Quran serta Qiraat kepada para imam bagi menyebar luas ilmu Al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kefahaman Al-Quran dalam diri para imam berteraskan nilai murni agama melalui penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah perlu ditingkatkan dari masa ke masa.

“Besarlah harapan saya agar resolusi yang bakal dicapai daripada perbincangan, perkongsian dan hasil buah fikiran dalam kolokium ini dapat dimanfaatkan serta direalisasikan dengan jayanya.

“Saya juga berharap agar resolusi ini dapat menjulang syiar Islam dan seterusnya meningkatkan martabat imam-imam seluruh Malaysia, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button