Berita

Kompleks JHEAINS mercu tanda Islam di Kuala Pilah

KUALA PILAH: Kompleks Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Kuala Pilah merupakan satu mercu tanda baharu untuk masyarakat Islam di sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri cakna akan pembangunan Islam di negeri ini.

“Oleh itu, kompleks ini dibina supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Dalam masa sama, dapat merangsang kakitangan JHEAINS supaya bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan berdedikasi.

 

“Syabas dan tahniah kepada pihak Jabatan Kerja Raya serta semua yang terlibat sehingga siapnya kompleks ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Kompleks JHEAINS Kuala Pilah

Beliau turut menambah bahawa satu lagi Kompleks JHEAINS akan dibina di daerah Port Dickson.

“Kompleks ini akan mula dibina pada tahun hadapan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023,” ujar Aminuddin.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button