KPM perlu telus dan berwawasan, bukan ‘Flip-Flop’
Kaedah 'flip-flop' ini membebankan kewangan ibubapa serta menyusahkan pelajar
1. Pada 17 Februari 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan saluran khusus TV pendidikan secara terestrial, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. Pada 19 Februari 2021, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuka sesi pembelajaran bersemuka secara berperingkat mulai 1 Mac depan.
3. Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah rintis akan menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian.
4. Dasar pelaksanaan kaedah pendidikan dinegara dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ketika ini akibat permasalahan wabak pandemik Covid-19 jelas tidak telus, tiada berwawasan serta menunjukkan pengurusan ‘flip-flop’ yang ketara.
5. Lebih malang, pengurusan ‘flip-flop’ ini membabitkan tiga pemimpin utama negara yang paling kanan iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan.
6. Pengurusan yang membabitkan 10,223 buah sekolah, 412,294 orang guru dan 4,788,418 orang pelajar di negara ini perlu diatur secara terancang dan berwawasan.
7. Kaedah ‘flip-flop’ ini menyukarkan masyarakat disamping membebankan kewangan ibubapa/penjaga serta menyusahkan pelajar-pelajar.
8. Pendidikan adalah teras kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
9. Kita menyedari suasana sukar dalam keadaan wabak pandemik Covid-19 ketika ini, tetapi KPM perlu melihat jauh kehadapan dengan wawasan yang jelas untuk meminimakan impak kesan kepada pendidikan negara.
YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek,
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan.
ADUN Ampangan.