Menarik

Lapan keluarga kurang kemampuan terima sumbangan kewangan dari Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah memberi sumbangan kewangan kepada lapan buah keluarga kurang berkemampuan di sekitar mukim Air Kuning.

Abd Latif berkata, sumbangan barangan dapur juga turut diberikan kepada mereka.

“Pemberian sumbangan ini juga bertujuan mengenal pasti mereka yang kurang bernasib baik dan terlepas daripada perhatian pihak bertanggungjawab.

“Terima kasih kepada Ketua Penolong Pegawai Daerah, Puan Suriani Salihan; Penolong Pegawai Daerah, Encik Salahuddin Sanusi dan Penghulu Mukim Air Kuning, Encik Ahmad Fareez kerana turut serta membantu,” kata Abd Latif.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Bukit Jalor, Encik Halim; Pengerusi MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail dan Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rusiyah.

Show More

Related Articles

Back to top button