Berita

Kursus Penyediaan Makanan Halal dapat sambutan 120 peniaga makanan

BAGAN PINANG: Seramai 120 orang peniaga makanan dan penjaja telah menyertai Kursus Penyediaan Makanan Halal yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang dengan kerjasama Malaysia International Halal Academy (MIHA).

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, kursus ini diadakan bagi mendidik peniaga makanan, penjaja dan orang ramai tentang tanggungjawab terhadap penyediaan makanan halal khususnya untuk perniagaan industri makanan termasuklah jualan gerai, restoran, produk frozen dan penjualan makanan di atas talian.

“Respon dari peserta di akhir program menunjukkan terdapat banyak perkara baharu yang dipelajari dan diakui kursus halal ini meningkatkan pengetahuan dalam penyediaan makanan yang bukan sahaja halal tetapi bersih dan lebih selamat dari penyakit berkaitan pemakanan.

“Kursus ini telah ditaja oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dengan kos penganjuran kursus adalah RM80 seorang.

“Tahniah kepada semua peserta. Semoga pensijilan halal ini dapat menaikkan taraf industri makanan Muslim di Port Dickson,” kata Nasir.

Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Firdaus Jaafar dari MIHA di Balai Raya Kampung Baru Si Rusa.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Baru Si Rusa, Encik Ghazaly Zakaria.

Show More

Related Articles

Back to top button