KYNS anjur program penerangan lanjut pengajian bidang kemahiran
KUALA PILAH: Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) telah mengadakan satu program penerangan kepada belia sekitar daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu di Kampus Gentam.
Ketua Ekskutif (CEO) KYNS, Encik Bahrom Bakar berkata, program penerangan ini bagi mantapkan jaringan komunikasi antara KYNS dengan golongan belia, ibu bapa dan pemimpin komuniti.
“Program ini menjelaskan potensi bidang kemahiran sebagai kerjaya terbaik mengikut keperluan industri semasa dan masa depan.
“Selain itu bagi menerangkan perkembangan pembangunan semasa KYNS sebagai institusi pendidikan tertinggi milik Kerajaan Negeri Sembilan.
“Kita juga menyampaikan maklumat terkini bidang kemahiran yang disediakan oleh KYNS untuk para belia dan anak-anak Negeri Sembilan,” kata Bahrom.