Berita

Gelanggang futsal dan balai raya dibaik pulih dengan kos RM150,000

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri majlis gelanggang futsal DUN Seremban Jaya kepada KRT Sri Mawar dan KRT Seremban Jaya Fasa 1.

Gunasekaren berkata, kedua-dua gelanggang futsal ini telah dibaiki di bawah peruntukan Projek Pemerkasa di mana kerja menyelenggara dan membaik pulih gelanggang futsal, tandas awam dan balai raya Taman Sri Mawar dilaksanakan dengan kos RM90,000; manakala kerja menyelenggara dan membaik pulih gelanggang futsal dan tandas awam Fasa 1, Taman Seremban Jaya dilaksanakan dengan kos RM60,000.

“Gelanggang futsal ini dibaik pulih bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan demi keselesaan rakyat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’Seri Aminuddin Harun, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dalam membantu pelaksanaan Projek Pemerkasa bagi setiap DUN pada tahun lepas.

“Projek seperti ini perlu diteruskan lagi demi kebajikan dan kepuasan penduduk,” kata Gunasekaren.

Penolong Pegawai Daerah Seremban, Puan Nur Hafizah Abdullah menyerahkan Sijil penyerahan gelanggang futsal kepada Pengerusi KRT Seremban Jaya Fasa 1, Tuan Hanapi Daing Dalisang dan Pengerusi KRT Sri Mawar, Effiza Shezmein Mohd Yazid.

Turut hadir, Penghulu DUN Seremban Jaya, Encik Mohammad Shafiq Joemane; Penghulu DUN Rantau, Mohd Nizam Jusoh; Penghulu DUN Nilai, Encik Mohd Shahir Shapie; Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali dan Pembantu Ahli Majlis MBS, Encik Minnal dan Encik Muganthan.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button