Berita

Lapan buah sekolah terima bantuan kewangan dari Rafie

SEREMBAN: Sebanyak lapan buah sekolah telah menerima bantuan kewangan daripada Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek.

Mohamad Rafie berkata, bantuan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tabung Penyelenggaraan Amanah Sekolah Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

“Dalam masa sama, tabung tersebut bertujuan membaik pulih prasarana sekolah untuk memastikan pelajar belajar dalam keadaan yang kondusif,” kata Mohamad Rafie.

Antara sekolah yang menerima bantuan tersebut adalah seperti berikut:

1) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Batu 8 Labu.

2) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent.

3) Sekolah Kebangsaan Jijan Nilai.

4) Sekolah Kebangsaan Paroi.

5) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdullah.

6) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button