BeritaMenarik

Lapan bulan tiada skandal rasuah: PMX

PORT DICKSON: Sejak lapan bulan mentadbir kerajaan, tidak ada skandal rasuah yang baharu melibatkan menteri kabinet,” kata Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Lapan bulan dalam kerajaan ada tak skandal rasuah yang baru? Ada menteri yang sakau wang? Ada kontrak yang dicuri?

“Itu bagi saya asas. Negara ini rosak bukan kerana miskin, bukan kerana tidak ada hasil dan khazanah. Tetapi tatakelola yang bobrok.

“Kita pecah rekod, ini lah kali pertama dalam lapan bulan, siasatan SPRM, LHDN, Bank Negara, jenayah komersial, tidak ada satu kes yang melibatkan mana-mana menteri dalam kerajaan,” kata Anwar di Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan, Port Dickson malam tadi.

Anwar berkata, negara ini hanya akan selamat kalau kebajikan dan hak semua rakyat dibela dan dijamin.

Show More

Related Articles

Back to top button