Berita
Pelajar jadi pemimpin pada masa akan datang
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, golongan pelajar yang akan menentukan masa depan negara dan bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.
“Tanggungjawab para guru tidaklah terbatas semasa para pelajar berada di bangku persekolahan, sebaliknya segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberi akan dijelmakan oleh mereka ketika berada di pentas dunia luar yang lebih mencabar,” kata Aminuddin di program Sepetang Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan anjuran Majlis Pengetua Negeri Sembilan.
“Semoga dengan perlaksanaan program ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah dalam usaha kita meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak khususnya di Negeri Sembilan,” ujarnya.