Berita

Jangan beri peluang katak hidup di Negeri Sembilan

CHUAH: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Chuah, Yew Boon Lye menyatakan bahawa jangan berikan peluang kepada katak untuk hidup di Negeri Sembilan.

“Hal ini supaya berpeluang memimpin negeri ini dengan baik tanpa sebarang gangguan.

“Oleh itu, kemenangan kesemua 36 kerusi di Negeri Sembilan yang ditandingi PH dan Barisan Nasional (BN) diperlukan.

“Kemenangan ini juga perlu bermula di Chuah ini sendiri.

“Saya juga turut menyeru kepada pengundi PH di Chuah untuk menyampaikan kepada ahli keluarga dan kenalan mereka yang mengundi di sini untuk keluar mengundi pada 12 Ogos ini dan berikan sokongan kepada PH dan BN supaya dapat membentuk Kerajaan Negeri bersama,” kata Yew.

Show More

Related Articles

Back to top button