BeritaMenarik

Kerajaan bina 21 pusat dialisis untuk warga Felda

JEMPOL: Kerajaan Persekutuan akan membina 21 pusat dialisis khusus untuk warga Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, peneroka Felda berdepan kesukaran untuk mendapatkan rawatan dialisis di hospital kerajaan. yang sudah sesak.

“Kerajaan Persekutuan akan menyediakan pusat rawatan dialisis di setiap wilayah Felda di seluruh negara, untuk memudahkan peneroka Felda yang menghidap penyakit buah pinggang mendapat rawatan,” kata Anwar di Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol pada Khamis.

Anwar turut mengumumkan pemasangan 37,012 unit tiang lampu di kawasan Felda di seluruh negara.

“Kos operasi dan projek pencerahan lampu sebanyak RM7.7 juta setahun ini akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini cara nak tolong rakyat, bukan jerit maki orang,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Show More

Related Articles

Back to top button