Berita

Kerajaan Negeri taja internet percuma kepada 1,350 pelajar STPM

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memberikan sumbangan kad sim percuma kepada 1,350 orang pelajar Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan kad sim tersebut adalah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan menjalani pembelajaran secara atas talian.

“Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah melakukan kerjasama bersama syarikat CelcomDigi untuk menawarkan kad sim percuma dengan tanggungan internet bulanan sebanyak RM20 selama enam bulan.

“Keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM162,000.

“Hal ini bagi memastikan pelajar tingkatan enam juga diberikan pendidikan yang sempurna.

“Supaya mereka tidak rasa tersisih daripada segi pendidikan.

“Insya Allah, kita juga akan meneruskan fasa kedua dengan jumlah penerima dijangka seramai 1,500 orang pelajar lagi,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button