SEREMBAN: Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan akan mengemukakan cadangan pembinaan Lebuhraya Madani Seremban-Jempol pada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bulan hadapan.
“Khabar gembira itu saya percaya, bakal memberi manfaat kepada masyarakat Felda dan rakyat, namun ia bergantung kepada keupayaan ekonomi negara dalam tempoh setahun ini.
“Sebagai Perdana Menteri, saya memahami pembinaan lebuh raya itu akan mengangkat taraf kehidupan rakyat dengan penambahbaikan fasiliti yang akanmenjimatkan masa perjalanan,” kata Anwar di Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol pada Khamis.