Berita
Lapan individu kurang kemampuan terima sumbangan bakul makanan daripada Razali
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abd Latif telah memberikan sumbangan bakul makanan kepada lapan orang individu kurang berkemampuan di Felda Kepis.
Mohd Razali berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban mereka.
“Sumbangan telah diserahkan kepada wakil blok untuk diserahkan kepada mereka,” kata Mohd Razali.