Berita

Masjid Taman Warisan Puteri dijangka siap Jun ini

SIKAMAT: Projek pembinaan Masjid Taman Warisan Puteri di Sikamat dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembinaan masjid ini membabitkan kos berjumlah RM8.2 juta dan merupakan satu daripada enam buah masjid yang dibina oleh Kerajaan Negeri melalui Peruntukan Pembangunan Negeri Sembilan.

“Semoga dengan pembinaan masjid ini akan memberi kemudahan kepada warga Sikamat khususnya di sekitar Taman Warisan Puteri,” kata Aminuddin selepas melawat projek pembinaan masjid ini.

Show More

Related Articles

Back to top button