Berita

Pengusaha tanaman kontan dinasihatkan selenggara kawasan persekitaran

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menasihatkan penduduk Taman Starlight yang mengusahakan tanaman kontan agar memastikan kawasan persekitaran sentiasa diselenggara.

“Penghuni yang menggunakan tanah-tanah rizab untuk mengusahakan tanaman kontan dimohon sentiasa menyelenggara dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran tanah yang digunakan, agar tidak mendatangkan masalah kepada pihak lain.

“Ini berikutan aduan penduduk setempat apabila kawasan persekitaran dipenuhi semak samun yang mendatangkan pelbagai masalah lain kepada penduduk kawasan perumahan,” kata Gunasekaren.

Sementara itu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pembantu Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Minnal yang mewakili Gunasekaren telah turun padang meninjau lokasi aduan semak samun berhampiran kawasan padang permainan di Taman Starlight.

“Semak samun telah dibersihkan sejurus aduan disalurkan kepada pihak SWM.

“Terima kasih kepada Encik Naza dan Encik Firdaus dari SWM serta kakitangannya yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama ke atas setiap aduan yang disalurkan,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button