BeritaProgram

Lapan penduduk Kampung Bakar Arang menerima geran tanah dari Aminuddin

CHUAH: Penantian selama hampir empat dekad berakhir apabila lapan orang penduduk di Kampung Bakar Arang, Chuah menerima geran tanah mereka daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, kebanyakan mereka telah menetap di kampung ini sejak tahun 1970-an. Namun agak pelik apabila majoriti penduduk lain telah menerima geran tanah manakala lapan orang pemilik ini diketepikan.

“Justeru di atas rasa keprihatinan dan kepedulian yang tinggi, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson telah membantu mereka mendapatkan geran bagi tanah kediaman.

“Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, mereka akhirnya berjaya mendapatkan geran tanah masing-masing.

“Tambahan pula, mereka hanya dikenakan premium yang rendah dan tidak membebankan bagi memudahkan urusan mereka.

“Besarlah harapan saya agar para pemilik yang menerima geran ini dapat memanfaatkan geran mereka sebaiknya dan seterusnya memudahkan urusan mereka di kampung tersebut, Insya Allah,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button