Menarik

Latif sumbang bantuan kewangan kepada SJKT Air Kuning Selatan

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A.Tambi telah turun padang di program gotong royong MPKK Air Kuning Selatan bersama guru dan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Air Kuning Selatan di Balai Raya Air Kuning Selatan.

“Program gotong royong ini diadakan bagi melengkapkan persiapan penganjuran pertandingan World Clean Up Day.

“Menurut Guru Besar SJKT Air Kuning Selatan, Cikgu Malika Rajamanickam, program ini diadakan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai kepentingan kebersihan serta menggalakkan pengurusan sisa pepejal yang sempurna melalui aktiviti kitar semula.

“Saya menghulurkan sumbangan kewangan kepada PIBG SKJT Air Kuning Selatan bagi menampung kos penganjuran pertandingan tersebut,” kata Abd Latif.

Turut memberi sumbangan Pengerusi MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail.

Turut hadir Pengerusi serta Setiausaha MPKK Air Kuning Selatan, Encik Ismail dan Encik Fazli; Pengerusi MPKk Parit Buloh, Encik Abdull Aziz serta Setiausaha MPKK Kampung Punggor, Puan Sapiah.

Show More

Related Articles

Back to top button