Menarik

Bayi lahir tanpa lubang dubur dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Seorang bayi Adik Muhammad Adam Harith, berusia dua bulan yang dilahirkan tanpa lubang dubur mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A.Tambi.

Abd Latif berkata, menurut ibunya Nurul Hazwani Roslee, selepas anaknya dilahirkan doktor melakukan pembedahan stoma supaya najis dapat keluar pada bahagian perut.

“Saya menghulurkan bantuan lampin pakai buang, susu serta keperluan bayi bagi membantu meringankan beban keluarganya,” jelas Abd Latif.

Abd Latif turut menziarahi Ustaz Sharif Dinkir, 80, yang terlantar akibat sakit tua di Kampung Ulu Rokan.

“Saya telah menghulurkan sumbangan wang tunai dan lampin pakai buang bagi meringankan beban keluarga ini,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Felda Bukit Rokan, Encik Manabub; Pengerusi Felda Bukit Rokan Utara, Encik Mohd Zairi dan Setiausaha MPKK Kampung Ulu Rokan, Encik Hamdan Sutin.

Show More

Related Articles

Back to top button