Berita
Lelaki berpenyakit ganjil dapat perhatian Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menziarah dan menyantuni Encik Musarul Azan Jaafar yang menderita penyakit ganjil di rumah beliau di Jalan Tan 5/10, Taman Tuanku Ampuan Najihah.
“Penyakit ini sangat-sangat jarang dihidapi oleh manusia.
“Saya telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban beliau.
“Pada masa yang sama, saya juga akan membantu beliau membuat permohonan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata Gunasekaren.