Berita

Logo ‘NS Choice’ mampu tingkatkan jualan produk: RAFIE

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melancarkan logo ‘NS Choice’ sebagai standard penjenamaan berkualiti untuk produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat di Negeri Sembilan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Keusahawanan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, logo ‘NS Choice’ akan dipopularkan di seluruh negara sebagai logo standard berprestij yang bakal merangsang kepada peningkatan jualan terhadap produk dan perkhidmatan yang mempunyai logo ini.

“Logo ini dilancarkan untuk diperkenalkan kepada masyarakat sempena Majlis Perasmian NS FEST 2022 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan.

“Di dalam majlis ini, kita juga telah menyampaikan geran TUNS dan TUNS Plus kepada beberapa orang penerima sebagai simbolik kesungguhan Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu usahawan khususnya usahawan mikro dan kecil di Negeri Sembilan,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button