Berita

Lokasi Jualan Harga Murah Jumaat ini

Potongan 20 hingga 30 peratus

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sekali lagi akan mengadakan Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin pada hari esok 10 Mac (Jumaat) bermula pukul 8.00 pagi.

Jualan ini akan diadakan serentak di lapan daerah dengan menawarkan barangan keperluan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan minyak masak yang dijual dengan potongan harga di antara 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Program ini merupakan manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap isu kenaikan harga barang yang menghimpit rakyat di negeri ini.

Tidak kira latar belakang, semuanya tertekan akibat kenaikan harga barangan masa kini.

Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat dalam waktu yang sukar ini.

Berikut maklumat lokasi jualan:

DUN Pertang: Dewan Orang Ramai Kampung Kerangai.

DUN Bahau: Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Pak Kah Chun.

DUN Johol: Balai Raya Kampung Ulu Inas, Johol.

DUN Paroi: Perkarangan Masjid Ar-Raudah, Taman Rasa Sayang.

DUN Chuah: Kampung Sawah, Bukit Pelanduk (Berdekatan Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk).

DUN Ampangan: Tempat Letak Kereta, Sekolah Rendah King George V, Gedung Lalang.

DUN Mambau: Balai Raya MPKK, Kampung Baru Mambau.

DUN Gemas: Dataran Hijau, Pasir Besar.

Show More

Related Articles

Back to top button