Berita

MAINS peruntuk RM2.65 juta bantu golongan yang terkesan dengan PKP 3.0

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperuntukkan dana berjumlah RM2,654,948 menerusi Bantuan Zakat Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kepada golongan sasar yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Menteri Besar┬áNegeri Sembilan, Dato’┬áSeri Aminuddin Harun berkata, bantuan ini adalah bagi membantu golongan yang terkesan akibat PKP 3.0 dari segi bantuan keperluan asas.

“Bantuan diberikan mengikut beberapa segmen iaitu Bantuan Khas Tunai Covid-19 sebanyak RM1,408,850 bagi individu dan keluarga yang terjejas sepanjang PKP 3.0 termasuk golongan B40, golongan yang kehilangan pekerjaan, peniaga kecil dan pekerja harian.

Bantuan ‘Person Under Surveillance’ berjumlah RM138,700, Bantuan Petugas dan ‘frontliners’ (RM70,496), Bantuan Pakaian Pelindung Diri (PPE) petugas hadapan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (RM 47,760) dan Bantuan Segera Asnaf Fakir dan Miskin sebanyak RM18,604,” katanya.

Menurut Aminuddin, selain itu MAINS turut menghulurkan ‘Bantuan 1 Asnaf 1 Tablet’ berjumlah RM872,958, Bantuan Sumbangan Makanan Bermasak bagi petugas dan ‘frontliners’ (RM76,580) dan Bantuan Organisasi bagi Persatuan Empunya Bas Sekolah sebanyak RM21,000.

Show More

Related Articles

Back to top button