Berita

Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jelebu terima insentif kewangan daripada Aminuddin

SEREMBAN: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) telah menerima insentif kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, insentif tersebut diberikan kerana kedua-dua Majlis Daerah tersebut diumumkan sebagai Bandar Paling Bahagia dan Bandar Keluarga Bahagia hasil kajian Indeks Kebahagiaan 2022 oleh PLANMalaysia.

“Pencapaian membanggakan ini merupakan hasil kesungguhan Kerajaan Negeri memastikan kemudahan perbandaran yang berkualiti tinggi supaya berdaya huni dan bahagia untuk di diami.

“Tahniah kepada semua pihak yang telah menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh.

“Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat buat semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan, Insya-Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button