Berita

Malaysia Thailand Halal Food Festival dilanjutkan hingga 12 Mac

NILAI: Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung tempatan, Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) yang sedang berlangsung di AEON Mall, Nilai dilanjutkan sehingga 12 Mac ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan yang diberikan terhadap festival ini sangat memberangsangkan.

“Justeru, pihak penganjur bersetuju untuk melanjutkan festival ini sehingga 12 Mac ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur yang memilih Negeri Sembilan untuk mengetengahkan budaya makanan daripada Thailand.

“Semoga festival seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan untuk berkunjung ke Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button