BeritaMenarik

Manfaatkan kepakaran penyelidikan bagi mencapai keterjaminan makanan yang mapan

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu telah mengadakan perbincangan konstruktif bersama pakar-pakar universiti bagi membincangkan cadangan kerjasama Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, yang akan menyokong peningkatan kapasiti dan penyelidikan analisis polisi dalam sektor pertanian.

Beliau berkata, kerjasama dengan institusi akademik akan membolehkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memanfaatkan kepakaran dan sumber penyelidikan yang ada, sekaligus meningkatkan kualiti dan ketepatan data dalam pembuatan polisi.

“Ini adalah penting bagi memastikan dasar yang dilaksanakan adalah relevan dan memberi impak positif kepada sektor pertanian serta kesejahteraan rakyat.

“Perbincangan ini juga merangkumi pengenalan program latihan dan pembangunan kapasiti bagi pegawai kerajaan dalam analisis polisi dan penyelidikan.

“Setiap dasar yang diperkenalkan mestilah berpandukan kepada analisis yang mendalam dan tepat, seterusnya menyokong matlamat jangka panjang negara dalam mencapai keterjaminan makanan yang mapan,” jelas Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button