BeritaMenarik

Mangsa banjir Ampangan terima RM500, bantuan RM1,000 bakal menyusul

AMPANGAN: Semua mangsa banjir di Ampangan menerima bantuan kewangan RM500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek dan Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook.

“Alhamdulillah, pada petang Selasa saya dan YB Loke telah menyerahkan sumbangan RM500 kepada 135 keluarga mangsa banjir di Ampangan.

“Sumbangan ini adalah inisiatif Pejabat ADUN Ampangan dan Pejabat Ahli Parlimen Seremban.

“Inisiatif untuk memberi bantuan tunai segera dalam tempoh kurang dari 72 jam, dari waktu kejadian adalah kerana kita menginsafi kesukaran mangsa banjir pada kali ini kerana jumlah lumpur yang dibawa sangat luar biasa.

“Malahan proses pembersihan rumah mahupun jalan raya memakan masa yang panjang kerana lumpur yang sangat tebal,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, sebagai tambahan kepada bantuan RM500 ini; Kerajaan Negeri Sembilan juga telah mengumumkan bantuan RM1,000 untuk setiap keluarga mangsa banjir yang membabitkan peruntukan RM4 juta keseluruhannya.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan akan berusaha memproses dan menyalurkan bantuan tambahan RM1,000 ini dalam tempoh masa yang terdekat,” ujar beliau.

 

Show More

Related Articles

Back to top button