Mangsa banjir Felda Palong 1 diziarahi Aminuddin
PALONG: Seramai 96 mangsa banjir di Felda Palong 1, diziarahi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada petang Sabtu.
Aminuddin berkata, 96 mangsa banjir daripada 19 keluarga ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Felda Palong 1.
“Saya difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, RELA Negeri Sembilan serta pelbagai agensi kerajaan lain berada di PPS ini bagi membantu mangsa.
“Banjir yang melanda kawasan Palong pada kali ini agak luar biasa sehingga menyebabkan beberapa jalan runtuh akibat arus air yang deras.
“Kerajaan Negeri akan menilai keadaan sejurus air surut bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya dijalankan segera,” ujar Aminuddin.
Foto: Nabil Syafiq