Menarik
Mangsa banjir Ladang Jeram Padang dapat perhatian Musliadi
JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu memberi sumbangan wang tunai dan pek makanan kepada lapan buah keluarga terjejas banjir di Ladang Jeram Padang.
“Saya turut melantik kontraktor bagi menggantikan bumbung rumah dengan kadar segera untuk keselesaan dan keselamatan mereka.
“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban keluarga yang terjejas,” kata Musliadi.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Pekan Jelai, Encik Raju.