Menarik

Pesakit jantung berlubang dibantu Taufek

PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani menziarahi anak kepada Puan Aida yang menghidapi penyakit jantung berlubang di Taman Teratai, Senawang yang akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Mohamad Taufek menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

“Saya meminta Ahli Jawatankuasa Surau Taman Teratai mengadakan Majlis Doa Selamat untuk anak Puan Aida.

“Sama-sama kita berdoa di Bulan Ramadhan ini agar adik ini diberikan kesihatan yang baik dan pulih sepenuhnya selepas pembedahan,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button