Berita

Mangsa banjir Rompin dan Jelai terima sumbangan RM1,000

JERAM PADANG: Sebanyak 38 keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir baru-baru ini menerima sumbangan RM1,000 daripada Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Musliadi menyampaikan sumbangan kepada 38 ketua keluarga terjejas banjir di Kampung Sri Rompin, Kampung Baru Rompin, Kampung Tanah Panjis dan Kampung Pekan Jelai dalam satu majlis ringkas di Balai Raya Kampung Sri Rompin.

Turut hadir bersama Pengerusi MPKK Kg Sri Rompin En Kateni dan Pengerusi MPKK Kg Baru Rompin Tok Zanil.

“Seramai 38 ketua keluarga terjejas banjir telah menerima sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Sumbangan ini bagi membantu rakyat Negeri Sembilan yang terjejas akibat banjir pada awal tahun ini.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa banjir tersebut,” ujar Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button