Berita
Mangsa banjir terima sumbangan barangan asas dari Aidil
JUASSEH: Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Mohd Aidil Abdullah telah memberikan sumbangan barangan asas kepada mangsa banjir di DUN Juasseh.
Mohd Aidil berkata, beliau telah turun padang bagi melihat kawasan yang terjejas serta menziarahi mangsa banjir.
“Dalam pada itu, saya juga melawat Sekolah Kebangsaan Tapak yang turut terkesan akibat banjir.
“Saya serta pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran turut berbincang tentang tindakan mengurangkan kekerapan banjir yang berlaku.
“Insya Allah, masalah ini akan cuba diselesaikan dalam masa terdekat,” kata Mohd Aidil.