Berita

Mangsa banjir terima sumbangan barangan asas dari Nicole

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah memberi sumbangan barangan asas kepada mangsa banjir di Taman Sri Pulasan.

Nicole berkata, antara sumbangan yang diberikan adalah barangan dapur, tilam dan bantal.

“Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seremban kerana membantu melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Semoga kejadian ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button