Berita
Mangsa kebakaran terima RM1,000 daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada mangsa kebakaran di Taman Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, dapur belakang rumah tersebut terbakar dan mujur tiada siapa di rumah pada waktu tersebut.
“Oleh itu, sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban mereka,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.