Berita
Mangsa kebakaran terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni pasangan suami isteri Encik Fairul dan Puan Nurul Ain yang ditimpa musibah, apabila dapur rumah sewa mereka terbakar dalam satu kejadian kebakaran baru-baru ini.
“Ketika kejadian mereka tiada di rumah.
“Saya telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada pasangan suami isteri ini demi meringankan beban mereka,” ujar Gunasekaren.
Pasangan suami isteri ini tinggal di Taman Seremban Jaya (Fasa 2).