Berita
Mangsa kemalangan terima sumbangan asas daripada Ismail
SENALING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, YB Dato’ Ismail Lasim telah memberikan sumbangan barangan keperluan asas kepada Encik Muhammad Azim di Kampung Sungkak.
Ismail berkata, Encik Azim telah mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau lumpuh.
“Sumbangan lampin pakai buang turut diberikan.
“Saya berdoa agar beliau diberikan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan,” kata Ismail.